Search This Blog

Friday, June 25, 2010

10 pengusaha taska haram didakwa di Mahkamah


25/06/2010 3:52pm

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendakwa pengusaha 10 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Lembah Klang setelah didapati cuai menjaga kanak-kanak asuhan sehingga ada yang cedera dan meninggal dunia.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundingan dan Advokasi JKM, Muhammad Yusry Che Dah berkata, semua taska itu tidak berdaftar dengan jabatan dan gagal dalam pemeriksaan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab memeriksa tahap keselamatan dan kebersihan di tempat masing-masing.
"Semua 10 taska ini kini dalam proses untuk dibawa ke mahkamah. Taska-taska ini terlibat dalam kecederaan dan kematian kanak-kanak di taska mereka,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, sebelum mendapat kelulusan perakuan pendaftaran lesen dari JKM, taska berkenaan perlu diperiksa oleh tiga jabatan bagi menentukan tahap keselamatan premisnya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan sesebuah taska itu memenuhi keperluan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sebelum sijil pendaftaran diberikan, katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment