Search This Blog

Friday, June 25, 2010

Lima pelajar MTD ditahan bantu siasatan


25/06/2010 3:29pm

KUALA LUMPUR - Lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) ditahan polis bagi membantu siasatan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera di maktab itu, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
"Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Samah berkata, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.
"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. - Bernama

No comments:

Post a Comment