Search This Blog

Friday, June 25, 2010

Rompakan kedua dalam tempoh seminggu


25/06/2010 5:05pm

LABUAN - Dua hari selepas Labuan dikejutkan dengan satu rompakan bersenjata yang mengakibatkan sebuah keluarga ternama kerugian hampir RM50,000, sebuah kedai runcit di persisiran bandar dimasuki pencuri yang melarikan wang tunai RM3,000 awal hari ini.
Polis sedang menyiasat sama ada kedua-dua kes itu dilakukan oleh kumpulan perompak yang sama, kata Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran.
Kejadian terbaru disedari pemilik kedai yang mendapati pintu besi kedainya dicungkil apabila hendak membuka kedai itu pada pukul 7 pagi.
“Selama ini duit yang terkumpul hasil jualan hanya disimpan di kedai dan saya tidak membawa ke rumah sebab saya akan masukkan ke bank setiap hari,” kata pemilik kedai yang enggan namanya disiarkan.
Ini adalah rompakan pertama yang dialaminya sejak berniaga lebih 10 tahun. - Bernama

No comments:

Post a Comment