Search This Blog

Saturday, December 11, 2010

Jaga hadapi kes luar tabie





2010/12/11

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas lima tuduhan berasingan melakukan seks luar tabie dan seks oral dengan dua anak tirinya, antara akhir November hingga minggu lalu. 

Lelaki berusia 44 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu dan memohon supaya dibicarakan.
Dia menghadapi tiga tuduhan, melakukan seks di luar tabie dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak tirinya berusia 9 tahun dalam tiga kejadian berasingan di sebuah pangsapuri di Gombak, antara jam 10 pagi dan 8 malam, 5 Disember lalu.Tertuduh juga menghadapi tuduhan keempat, melakukan seks oral terhadap kanak-kanak itu pada jam 10 pagi, di tempat dan hari yang sama. 

Dia juga dituduh melakukan seks luar tabie dengan cara sama terhadap seorang lagi anak tirinya yang berusia 12 tahun di tempat sama, jam 4 petang, 25 November lalu. 

Bagi setiap tuduhan melakukan seks di luar tabie dan seks oral, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. 

Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaacob menetapkan 10 Januari tahun depan untuk sebutan kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. 

No comments:

Post a Comment