Search This Blog

Friday, June 25, 2010

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Alaq (part 3)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Alaq (part 2)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Alaq (part 1)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Kaafiroon (part 6)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Kaafiroon (part 5)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Kaafiroon (part 4)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Kaafiroon (part 3)

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Kaafiroon (part 2)

Bekas banduan menyamar

JOHOR BAHRU: Jabatan Penjara Malaysia, menafikan lelaki menyamar sebagai warden penjara dan meminta suapan RM400 melepaskan banduan kakitangan berkhidmat dengan jabatan itu, sebaliknya dia bekas banduan yang pernah menjalani hukuman di Penjara Simpang Renggam.
Dalam kenyataan akhbar jabatan berkenaan, mereka mendakwa laporan disiarkan media berhubung lelaki terbabit iaitu Mohd Oza Mohd Esa sebagai pegawai parol tidak tepat.

Kenyataan turut menyebut Mohd Oza didakwa menyamar sebagai kakitangan penjara untuk meminta suapan daripada sepasang suami isteri bagi membebaskan anak mereka.

Dato' Ismail Kamus - Tafsir Surah Al Kaafiroon (part 1)

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 8)

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 6)

10 pengusaha taska haram didakwa di Mahkamah


25/06/2010 3:52pm

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendakwa pengusaha 10 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Lembah Klang setelah didapati cuai menjaga kanak-kanak asuhan sehingga ada yang cedera dan meninggal dunia.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perundingan dan Advokasi JKM, Muhammad Yusry Che Dah berkata, semua taska itu tidak berdaftar dengan jabatan dan gagal dalam pemeriksaan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab memeriksa tahap keselamatan dan kebersihan di tempat masing-masing.
"Semua 10 taska ini kini dalam proses untuk dibawa ke mahkamah. Taska-taska ini terlibat dalam kecederaan dan kematian kanak-kanak di taska mereka,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, sebelum mendapat kelulusan perakuan pendaftaran lesen dari JKM, taska berkenaan perlu diperiksa oleh tiga jabatan bagi menentukan tahap keselamatan premisnya.
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan sesebuah taska itu memenuhi keperluan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 sebelum sijil pendaftaran diberikan, katanya. - Bernama

Rompakan kedua dalam tempoh seminggu


25/06/2010 5:05pm

LABUAN - Dua hari selepas Labuan dikejutkan dengan satu rompakan bersenjata yang mengakibatkan sebuah keluarga ternama kerugian hampir RM50,000, sebuah kedai runcit di persisiran bandar dimasuki pencuri yang melarikan wang tunai RM3,000 awal hari ini.
Polis sedang menyiasat sama ada kedua-dua kes itu dilakukan oleh kumpulan perompak yang sama, kata Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran.
Kejadian terbaru disedari pemilik kedai yang mendapati pintu besi kedainya dicungkil apabila hendak membuka kedai itu pada pukul 7 pagi.
“Selama ini duit yang terkumpul hasil jualan hanya disimpan di kedai dan saya tidak membawa ke rumah sebab saya akan masukkan ke bank setiap hari,” kata pemilik kedai yang enggan namanya disiarkan.
Ini adalah rompakan pertama yang dialaminya sejak berniaga lebih 10 tahun. - Bernama

Lima pelajar MTD ditahan bantu siasatan


25/06/2010 3:29pm

KUALA LUMPUR - Lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) ditahan polis bagi membantu siasatan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera di maktab itu, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
"Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Samah berkata, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.
"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. - Bernama

Pembantu rumah bunuh majikan ditahan selama perkenan Sultan


25/06/2010 3:48pm

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang membunuh majikannya hampir dua tahun lepas, ditahan selama perkenan Sultan Pahang.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman ke atas remaja perempuan itu mengikut Seksyen 97 (2)(b), Akta Kanak-kanak 2001 memandangkan dia berusia 15 tahun ketika melakukan kesalahan tersebut.
Mengikut Seksyen 97, seorang kanak-kanak tidak boleh dikenakan hukuman mati dan akan dipenjarakan di satu tempat selagi mendapat perkenan sultan.
Akhtar kemudian mengarahkan remaja dari Pontianak, Kalimantan, Indonesia itu dipenjara di Kajang, namun secara berasingan dengan pesalah dewasa.
Remaja terbabit sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Miati Bakri, 69, antara pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang di No 3, Lorong Sungai Karang Maju 7 di sini pada 11 November 2008.
Pada prosiding hari ini, peguam remaja tersebut, Raftfizi Zainal Abidin turut mengemukakan laporan psikologi daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dibuat pada April lalu untuk rekod mahkamah menunjukkan tahap kecergasan otak remaja terbabit adalah lebih rendah berbanding remaja normal.
Raftfizi berkata, beliau akan meminta sokongan Kedutaan Indonesia dalam membantu mempercepatkan tempoh hukuman remaja itu.
Katanya, laporan perilaku remaja terbabit ketika di Sekolah Tunas Bakti, Marang, Terengganu akan diberi kepada pihak kedutaan untuk dinilai sebelum surat memohon keampunan diserahkan kepada Sultan Pahang. - Bernama

Mayat buruh lemas di Sg Besut ditemui


25/06/2010 6:28pm

BESUT – Mayat seorang lelaki, yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Besut petang semalam, ditemui tersangkut pada akar kayu bakau oleh penduduk kampung, tengah hari ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, mayat Shamsul Fazila Mohamad, 33, seorang buruh binaan ditemui tidak jauh daripada tempat dia dikatakan lemas di tebing Sungai Besut, dekat Pangkalan Sawmill, di sini.
Kamaruddin berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang semalam, Shamsul Fazila dipercayai terkejut melihat kehadiran anggota peronda polis membuat rondaan rutin di kawasan itu.
"Beliau terus melarikan diri dan terjun ke sungai itu sebaik ternampak anggota polis. Beliau bagaimanapun tenggelam dan hilang dibawa arus selepas berenang kira-kira 15 meter dari tebing,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Operasi mencari yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis digerakkan petang semalam dan bersambung sehinggalah mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 1 tengah hari.
Kamaruddin berkata, jenazah Shamsul Fazila dihantar ke Hospital Daerah Besut di Jerteh untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarganya untuk urusan pengkebumian. – Bernama

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 5)

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 4)

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 3)

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 1)

Ust Kazim Elias - Part7 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part6 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part5 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part4 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part3 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part2 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part1 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias -Part7 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias -Part6 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias - Part5 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias - Part4 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias - Part3 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias - Part2 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias - Part1 Tanggungjawab Suami

Ust Kazim Elias - Part7 Jaga Isteri

Ust Kazim Elias - Part 6 Sibuk berpolitik

Ust Kazim Elias - Part 5 Sibuk berpolitik

Ust Kazim Elias - Part 4 Sibuk berpolitik

Ust Kazim Elias - Part 3 Sibuk berpolitik

Ust Kazim Elias - Part 2 Sibuk berpolitik

Ust Kazim Elias - Part 1 Sibuk berpolitik